ProMaths

ProPintar | 08:18 |
ProMaths ialah kaedah pembelajaran efektif matematik asas yang membantu meningkatkan
kemahiran mencongak nombor (mental calculation) dengan mengambilkira kepantasan dan ketepatan. Para pelajar diberi latihan di dalam kelas dan sebahagian latihan sebagai kerja rumah untuk kekalkan momentum pembelajaran. Masa dan bilangan kesilapan dalam setiap latihan akan direkod di dalam kad laporan prestasi sebagai rujukan guru dan ibubapa bagi  menilai prestasi pelajar dari semasa ke semasa sepanjang tempoh mengikuti program ini.

Modul ini disusun untuk membantu anak-anak membangunkan kemahiran asas Matematik seawal usia 5 tahun sehingga 12 tahun bagi membantu mereka menjalani proses pembelajaran Matematik di sekolah dengan lebih mudah. Silibus ProMaths yang merangkumi sehingga operasi bahagi membuka ruang kepada guru dan ibubapa mengenalpasti tahap penguasaan anak-anak dalam subjek Matematik seterusnya mengambil langkah sesuai samada membuat latih tubi ulangan yang lebih kerap bagi anak-anak yang lemah atau meneruskan peringkat (level) yang lebih ke hadapan (advance study).

Kenapa Anak Anda Patut Menyertai ProMaths?

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi prestasi pembelajaran Matematik anak-anak dan antara faktor tersebut ialah kemahiran mencongak yang lemah. Dalam usaha untuk menguasai subjek Matematik, kemahiran mencongak dengan cepat dan tepat amat penting bagi setiap pelajar bermula seawal usia 6 tahun. Kurang kemahiran congak pantas akan menyebabkan:

[1] Masalah pengurusan masa ketika menduduki ujian atau peperiksaan kerana mengambil masa membetulkan kiraan atau lambat mengira yang mengakibatkan masa yang diambil untuk menyelesaikan soalan-soalan penyelesaian masalah tidak efisien.


[2] Yakin diri yang rendah berbanding rakan-rakan yang terus menunjukkan kemajuan.

[3] Prestasi merosot dan agak ketinggalan di dalam kelas kerana modul pembelajaran sekolah perlu dihabiskan menjelang akhir tahun persekolahan walaupun ada pelajar yang masih belum menguasai topik-topik tertentu.

[4] Mudah hilang markah bagi soalan-soalan langsung nombor bulat yang tidak memerlukan proses analisa masalah akibat kecuaian pengiraan.


Saya Mahu Info Francais ProMaths.
 
Hakcipta © 2015 ProPintar • Hakcipta Terpelihara.