Monday, 29 June 2015

Disleksia : Uniknya Otak Manusia Berfungsi

ProPintar | 01:33 |
Pada tahun 2012, saya dihubungi oleh seorang ibu yang berminat mendaftarkan program ProMaths untuk anak beliau yang berusia 10 tahun.

"Cikgu...anak saya disleksia. ProMaths boleh terima tak?"

"Boleh. Puan bawa anak puan sekali jumpa dengan saya. Saya akan explain macammana ProMaths akan bantu anak puan."

Saya menjawab 'boleh' bukan kerana ingin meyakinkan si ibu bahawa ProMaths boleh memberi perubahan kepada si anak tetapi susunatur silibus ProMaths adalah terbuka kepada semua kumpulan pelajar kerana kaedah latihannya yang bersifat individu dan mengikut keperluan. Seandainya bakal pelajar saya itu seorang tua pun saya terima kerana Matematik mampu menjadi terapi kepada warga tua yang mengalami masalah nyanyuk dan lupa (penyelidikan Kumon di Jepun).

Mengajar anak-anak yang mempunyai masalah disleksia bukan suatu perkara mudah dan tidak juga sukar. Apa yang penting ialah kefahaman ibubapa tentang proses pembelajaran yang tidak akan sama dengan pelajar biasa. Bukan sahaja disleksia, malah untuk semua kategori learning disability memerlukan ibubapa faham dan menyokong proses pembelajaran ini. Bukan hasil akhir (end result) yang disasarkan tetapi memastikan momentum proses perkembangan minda anak-anak ini berterusan dengan aktiviti-aktiviti yang mendorong otak mereka sentiasa aktif.




Video 1:  Sesi awal ketika Kazim baru menyertai ProMaths. Seperti anak-anak lain, kebergantungan kepada jari untuk mencongak adalah normal. Fasa awal ini saya fokus kepada memastikan pelajar dapat membiasakan diri dengan konsep latihan ProMaths. Selepas beberapa sesi, saya mengharapkan perubahan positif dari aspek keselesaan belajar.



Video 2: Selepas beberapa sesi kelas (seminggu sekali), Kazim mula melihatkan perubahan positif dengan mencongak tanpa menggunakan jari. Kaedah pembelajaran yang berulang (repetition) membantu Kazim 'ingat' jawapan untuk setiap nombor congak 1 digit + 1 digit. Ketika ini Kazim kelihatan selesa dengan latihan-latihan yang diberikan.



Share this article
 
Hakcipta © 2015 ProPintar • Hakcipta Terpelihara.