Saturday, 4 July 2015

Nombor Dalam 'Kepala'

ProPintar | 14:25 | |


ProMaths menekankan skil congak cepat dan tepat. Antara teknik yang digunakan ialah simpan nombor besar dalam 'kepala'. Saat teknik ini dipraktik, pelajar akan mendapat manfaat pengukuhan kefahaman tentang number sequence & dan beza antara nombor besar dan nombor kecil.

Pelajar cenderung mencongak nombor bermula dari sebelah kiri atau dari atas bagi format lazim. Jika nombor pertama adalah nombor yang lebih besar, ia tidak menjadi masalah tetapi jika nombor pertama adalah nombor yang lebih kecil, maka kita akan lihat pelajar ambil masa yang lebih panjang untuk mencongak.

Dalam situasi lain, pelajar yang masih lemah number sequence juga akan ambil masa untuk mencongak kerana mengira nilai nombor besar itu dari awal.

5+1=  vs  1+5=

Untuk contoh di atas, mencongak 5+1 mungkin tidak menjadi masalah tetapi apabila mencongak 1+5, pelajar yang kurang mahir akan mengira nilai tambah iaitu 1 + 2..3..4..5..6!

Jika pelajar mampu kenalpasti nombor yang mempunyai nilai lebih besar ialah 5, pelajar hanya perlu ambil masa yang lebih singkat untuk tambahkan nilai nombor lebih kecil walaupun perlu menggunakan jari atau nombor nilai besar berada di sebelah kanan atau bawah (format lazim).

Latihan ulangan yang konsisten akan membantu pelajar menguasai teknik ini.
Share this article
 
Hakcipta © 2015 ProPintar • Hakcipta Terpelihara.