Perihal Kami

ProPintar | 06:55 |

ProPintar adalah sebuah inovasi sistem pendidikan yang mengketengahkan sistem pembelajaran bersifat realistik dalam memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak di peringkat paling asas tanpa mengira tahap IQ anak-anak secara individu. Melihat kepada sistem pendidikan semasa yang semakin mencabar, ProPintar berusaha tampil ke depan sebagai satu alternatif kaedah belajar yang lebih praktikal dalam memenuhi keperluan pembelajaran dan kemahiran yang diperlukan oleh anak-anak.

Sehingga Januari 2015, ProPintar menawarkan 2 program kaedah belajar iaitu ProMaths (kaedah belajar Matematik) dan ProEnglish (kaedah belajar bahasa Inggeris yang menekankan kemahiran berkomunikasi).

Manakala sehingga hari ini, tim ProPintar masih konsisten meneruskan R&D bagi menambahbaik kaedah-kaedah pembelajaran untuk subjek-subjek lain demi membantu anak-anak memperoleh kemahiran-kemahiran yang perlu sebagai persediaan pembelajaran di peringkat rendah dan menengah. Untuk jangkamasa panjang, kemahiran dalam kelangsungan hidup dalam dunia pekerjaan adalah sasaran utama.
 
Hakcipta © 2015 ProPintar • Hakcipta Terpelihara.