Sunday, 5 July 2015

Teknik Menarik Tapi... Lambat!

ProPintar | 05:38 | |
Ketika mengajar dalam kelas UPSR, beberapa orang pelajar menggunakan kaedah darab yang agak pelik. Melukis kotak dan isi nombor-nombor yang terbabit dalam operasi darab tersebut. Apabila saya bertanya siapa yang mengajar mereka kaedah tersebut, mereka menjawab guru Matematik di sekolah.

Saya nasihatkan pelajar supaya tidak guna kaedah tersebut. Ia sangat lambat! Dan tidak membantu pelajar mencongak sifir dengan baik. Jika pelajar terlalu bergantung dengan teknik tersebut, mereka akan menghadapi masalah yang dapat dijangka ketika menduduki peperiksaan iaitu tidak cukup masa menyelesaikan soalan-soalan yang wajib diselesaikan. Kerana itu ProMaths menekankan teknik yang cepat dan tepat walaupun ia kaedah biasa yang digunapakai sejak era 80an.

Untuk buktikan kaedah itu kurang baik, saya berikan satu soalan darab 3 digit x 2 digit dan diselesaikan bersama untuk lihat siapa selesai dulu.



Vs.



Dan keputusannya?

Pelajar yang menggunakan kaedah itu masih belum selesai melukis jadual sedangkan saya dan pelajar lain yang menggunakan congak biasa sudah pun mendapat jawapan.

Saya faham guru tersebut mungkin cuba menggunakan pendekatan lain dalam usaha membantu pelajar-pelajar yang lemah Matematik tetapi jika pelajar sudah hafal sifir, hakikatnya hanya perlu beri latih tubi untuk pastikan pelajar tahu bagaimana menulis kedudukan digit supaya berada di kedudukan yang betul dalam format lazim dan terus mencongak tanpa perlu buang masa.

Maths is about speed and accuracy!


Share this article
 
Hakcipta © 2015 ProPintar • Hakcipta Terpelihara.