Sunday, 12 July 2015

ProMaths di Al-Baghdadi Centre

ProPintar | 08:28 |


Beberapa minggu sebelum Ramadhan, Al-Baghdadi Playtime Centre di Bandar Sri Permaisuri, Cheras telah pun menjalankan sesi pengenalan ProMaths kepada para pelajarnya termasuk juga beberapa orang pelajar luar. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem kaedah belajar Matematik ProMaths yang turut mendapat kerjasama pemantauan oleh Cikgu Zam sendiri.


Selepas cuti hari raya nanti, pusat pembelajaran ini akan memulakan sesi kelas ProMaths secara rasmi. Bagi ibubapa yang tinggal di sekitar kawasan Bandar Sri Permaisuri, silalah daftarkan anak anda ke pusat Al-Baghdadi ini untuk pendekatan praktikal menguasai asas Matematik.


Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan Cikgu Rostina di talian 012-348 4841.


read more...

Sunday, 5 July 2015

Teknik Menarik Tapi... Lambat!

ProPintar | 05:38 | |
Ketika mengajar dalam kelas UPSR, beberapa orang pelajar menggunakan kaedah darab yang agak pelik. Melukis kotak dan isi nombor-nombor yang terbabit dalam operasi darab tersebut. Apabila saya bertanya siapa yang mengajar mereka kaedah tersebut, mereka menjawab guru Matematik di sekolah.

Saya nasihatkan pelajar supaya tidak guna kaedah tersebut. Ia sangat lambat! Dan tidak membantu pelajar mencongak sifir dengan baik. Jika pelajar terlalu bergantung dengan teknik tersebut, mereka akan menghadapi masalah yang dapat dijangka ketika menduduki peperiksaan iaitu tidak cukup masa menyelesaikan soalan-soalan yang wajib diselesaikan. Kerana itu ProMaths menekankan teknik yang cepat dan tepat walaupun ia kaedah biasa yang digunapakai sejak era 80an.

Untuk buktikan kaedah itu kurang baik, saya berikan satu soalan darab 3 digit x 2 digit dan diselesaikan bersama untuk lihat siapa selesai dulu.



Vs.



Dan keputusannya?

Pelajar yang menggunakan kaedah itu masih belum selesai melukis jadual sedangkan saya dan pelajar lain yang menggunakan congak biasa sudah pun mendapat jawapan.

Saya faham guru tersebut mungkin cuba menggunakan pendekatan lain dalam usaha membantu pelajar-pelajar yang lemah Matematik tetapi jika pelajar sudah hafal sifir, hakikatnya hanya perlu beri latih tubi untuk pastikan pelajar tahu bagaimana menulis kedudukan digit supaya berada di kedudukan yang betul dalam format lazim dan terus mencongak tanpa perlu buang masa.

Maths is about speed and accuracy!


read more...

Saturday, 4 July 2015

Nombor Dalam 'Kepala'

ProPintar | 14:25 | |


ProMaths menekankan skil congak cepat dan tepat. Antara teknik yang digunakan ialah simpan nombor besar dalam 'kepala'. Saat teknik ini dipraktik, pelajar akan mendapat manfaat pengukuhan kefahaman tentang number sequence & dan beza antara nombor besar dan nombor kecil.

Pelajar cenderung mencongak nombor bermula dari sebelah kiri atau dari atas bagi format lazim. Jika nombor pertama adalah nombor yang lebih besar, ia tidak menjadi masalah tetapi jika nombor pertama adalah nombor yang lebih kecil, maka kita akan lihat pelajar ambil masa yang lebih panjang untuk mencongak.

Dalam situasi lain, pelajar yang masih lemah number sequence juga akan ambil masa untuk mencongak kerana mengira nilai nombor besar itu dari awal.

5+1=  vs  1+5=

Untuk contoh di atas, mencongak 5+1 mungkin tidak menjadi masalah tetapi apabila mencongak 1+5, pelajar yang kurang mahir akan mengira nilai tambah iaitu 1 + 2..3..4..5..6!

Jika pelajar mampu kenalpasti nombor yang mempunyai nilai lebih besar ialah 5, pelajar hanya perlu ambil masa yang lebih singkat untuk tambahkan nilai nombor lebih kecil walaupun perlu menggunakan jari atau nombor nilai besar berada di sebelah kanan atau bawah (format lazim).

Latihan ulangan yang konsisten akan membantu pelajar menguasai teknik ini.
read more...

Monday, 29 June 2015

Disleksia : Uniknya Otak Manusia Berfungsi

ProPintar | 01:33 |
Pada tahun 2012, saya dihubungi oleh seorang ibu yang berminat mendaftarkan program ProMaths untuk anak beliau yang berusia 10 tahun.

"Cikgu...anak saya disleksia. ProMaths boleh terima tak?"

"Boleh. Puan bawa anak puan sekali jumpa dengan saya. Saya akan explain macammana ProMaths akan bantu anak puan."

Saya menjawab 'boleh' bukan kerana ingin meyakinkan si ibu bahawa ProMaths boleh memberi perubahan kepada si anak tetapi susunatur silibus ProMaths adalah terbuka kepada semua kumpulan pelajar kerana kaedah latihannya yang bersifat individu dan mengikut keperluan. Seandainya bakal pelajar saya itu seorang tua pun saya terima kerana Matematik mampu menjadi terapi kepada warga tua yang mengalami masalah nyanyuk dan lupa (penyelidikan Kumon di Jepun).

Mengajar anak-anak yang mempunyai masalah disleksia bukan suatu perkara mudah dan tidak juga sukar. Apa yang penting ialah kefahaman ibubapa tentang proses pembelajaran yang tidak akan sama dengan pelajar biasa. Bukan sahaja disleksia, malah untuk semua kategori learning disability memerlukan ibubapa faham dan menyokong proses pembelajaran ini. Bukan hasil akhir (end result) yang disasarkan tetapi memastikan momentum proses perkembangan minda anak-anak ini berterusan dengan aktiviti-aktiviti yang mendorong otak mereka sentiasa aktif.




Video 1:  Sesi awal ketika Kazim baru menyertai ProMaths. Seperti anak-anak lain, kebergantungan kepada jari untuk mencongak adalah normal. Fasa awal ini saya fokus kepada memastikan pelajar dapat membiasakan diri dengan konsep latihan ProMaths. Selepas beberapa sesi, saya mengharapkan perubahan positif dari aspek keselesaan belajar.



Video 2: Selepas beberapa sesi kelas (seminggu sekali), Kazim mula melihatkan perubahan positif dengan mencongak tanpa menggunakan jari. Kaedah pembelajaran yang berulang (repetition) membantu Kazim 'ingat' jawapan untuk setiap nombor congak 1 digit + 1 digit. Ketika ini Kazim kelihatan selesa dengan latihan-latihan yang diberikan.



read more...

Saturday, 27 June 2015

Sistem Pendidikan Kita Bermasalah?

ProPintar | 07:40 |
Bagaimana jika saya katakan pada usia 18 tahun, anak-anak belia tidak perlu menyambung pengajian ke peringkat Matrikulasi atau IPT, sebaliknya mereka sudah sedia berada dalam industri dengan kepakaran dan kemahiran yang diperlukan negara?

Mustahil? Tidak.

[1] Saya masih ingat ketika darjah 6, saya telah diberikan satu borang. Salah satu bahagian dalam borang berkenaan bertanyakan 3 cita-cita dan saya isikan 3 karier ini iaitu polis, bomba dan tentera. Jika saya diberikan pendedahan tentang dunia pekerjaan seawal usia 7 tahun, barangkali saya akan menggantikan 3 pilihan tadi dengan jurutera, pengurusan perniagaan dan IT (Information Technology).

[2] Jika selepas darjah 6, saya diberi pilihan untuk memilih bidang pengajian seperti di IPT, sudah pasti saya akan fokus dengan pengajian perniagaan dan perakaunan sedari usia 13 tahun. Selepas 5 tahun pengajian, saya sudah berusia 18 tahun dan sedia menjadi usahawan atau bekerja di syarikat swasta.

[3] Sistem pendidikan Malaysia perlukan satu revolusi yang praktikal. Jika langkah ini berani diambil, Malaysia mungkin akan mencapai sasaran negara maju lebih awal daripada tahun 2020.

[4] Kidzania adalah satu contoh platform ideal sebagai permulaan mendedahkan anak-anak dengan maklumat dunia pekerjaan dan karier masa hadapan. Dari situ sahaja kita mungkin boleh membantu anak-anak menetapkan sasaran karier pilihan dan mula fokus untuk mencapai matlamat tersebut.

[5] Ibubapa terkongkong dengan sistem pendidikan sediada yang berorientasikan peperiksaan dan akademik. Mereka hanya fokus kepada pencapaian ‘A’ dalam buku rekod sekolah sebagai penanda aras prestasi anak-anak. Bagaimana pula dengan anak-anak yang memperoleh ‘C’ dan ke bawah? Adakah mereka tiada masa depan? Ibubapa perlu ubah perspektif pendidikan di luar kebiasaan dan di luar sistem. Bagi anak-anak yang kurang menyerlah dalam akademik, kenalpasti minat mereka dan kenalpasti kursus-kursus yang dapat membantu menggilap bakat terpendam yang mereka minat.

[6] Seorang pelajar saya tidak mampu ingat sifir ketika usia 12 tahun. Tahap Matematik sangat lemah malah ‘kalah’ berbanding pelajar berusia 6 tahun. Tetapi saya kenalpasti kelebihan dia yang lain. Dia amat mahir berbahasa Inggeris dan suka berkongsi cerita tentang minatnya terhadap komputer grafik. Saya syorkan kepada ibubapa pelajar ini agar daftarkan anak mereka ke dalam kursus-kursus komputer dan grafik supaya minatnya boleh diasah awal dan mungkin menjadi pakar bidang komputer ketika usia rakan-rakan lain baru menjejak kaki ke universiti.

[7] Satu prinsip yang saya pegang, seseorang itu hanya akan menyerlah dan sangat komited dengan perkara yang dia minat sahaja. Apabila dia fokus, banyak idea-idea hebat akan terhasil!

[8] Allah sentiasa adil kepada makhlukNya. Anda dikurniakan anak-anak yang berbakat tetapi dalam bidang yang berbeza-beza.  Sistem pendidikan saat artikel ini ditulis masih berkiblatkan kepada satu aliran dan peluang yang terhad kepada generasi muda. Beranikan diri keluar dari kepompong itu.



read more...

Wednesday, 17 June 2015

Mengendalikan Pelajar 'Kurang Akal'

ProPintar | 00:00 |



Pada satu ketika, saya diamanahkan seorang pelajar bernama Sri. Dia seorang anak kecil yang comel dan…sensitif. Oleh kerana sesi dengan Sri hanya pada hari Sabtu, dan kebetulan hanya Sri seorang sahaja pelajar saya, jadi sesi pembelajaran berlaku secara one-to-one session.

Saya ambil pendekatan biasa pada awal proses pembelajaran. Cabarannya, Sri amat mudah menangis. Tak boleh tanya berulang kali, tak boleh tinggi suara walau sedikit, dia akan menangis. Dan bila situasi ini berlaku, saya tak kan boleh teruskan pengajaran. Saya perlu tenangkan dia semula sebelum kelas dapat diteruskan. Adakalanya Sri akan berlari kepada ibunya yang sedia menunggu di luar kelas sepanjang beberapa minggu pertama Sri menyertai kelas ProMaths.

Saya yakin objektif saya tidak boleh dicapai kalau situasi ini berlarutan. Jadi saya ubah pelan. Beberapa sesi selepas itu, saya mengajar tetapi dengan pendekatan yang lebih ‘main-main’. Saya mahu pikat hati dia supaya suka dan selesa dengan gurunya.

Sri antara contoh pengalaman saya mengendalikan pelajar cilik yang ‘lembut’ hati. Tetapi saya tidak meletakkan Sri sebagai kes terpencil kerana misi saya kepada semua pelajar adalah sama. They must be happy and enjoy in my class! Or else, my efforts are worthless.

Jujurnya saya ‘pantang’ kalau dengar guru menjerit-jerit kepada anak murid khususnya anak pelajar kecil yang masih hijau dan ‘kurang akal’. Guru sewajarnya bijak  menggunakan karakter dan nada suara ketika mendidik pelajar yang berbeza peringkat usia. Sudahlah mereka ‘dipaksa’ hadir ke sekolah, dipaksa menyerap segala ilmu yang diajarkan guru, dimarah-marah pula. Psikologi siapa yang akan tercalar? Adakah matlamat P&P boleh dicapai?

Terdapat perbezaan jelas antara meninggikan suara dan menjerit. Kayu ukur saya, nada suara menjerit lebih tinggi dan ‘kasar’ dan cenderung disertai rasa marah berbanding meninggikan suara. Saya biasa berdepan dengan situasi begini tetapi saya pastikan wajah saya masih ada senyuman kerana ketika arahan dikeluarkan, saya mahu pelajar tahu saya bukan ‘marah-marah’ supaya tidak wujud jurang antara saya dan mereka.

Ya, prestasi pelajar adakala membimbangkan kerana pencapaian yang perlahan dalam rekod prestasi pembelajaran. Kerana inilah kaedah belajar ProPintar diwujudkan untuk membantu mereka menguasai sesuatu pelajaran mengikut tahap IQ masing-masing. Apa yang lebih utama ialah memastikan mereka sentiasa teruja untuk hadir ke sekolah setiap hari untuk belajar dengan guru. Ini adalah situasi 'win-win' antara guru dan pelajar.


read more...

Sunday, 5 April 2015

Lemah Kemahiran Mencongak Yang Kritikal

ProPintar | 09:05 |
Assalamualaikum wbt.

Selamat bercuti bersama anak-anak sempena musim cuti sekolah ini yang masih berbaki lebih kurang 4 minggu lagi sebelum sesi persekolah 2013 bermula Januari akan datang. Jadi, selain makan angin, apalagi program yang telah anda sediakan untuk anak-anak? Jangan lupa ya ibu dan ayah, walaupun sekolah berehat selama 2 bulan namun minda anak-anak tetap memerlukan pengisian dan kesinambungan momentum pembelajaran di sekolah yang perlu dilaksanakan di rumah. Alhamdulillah, ada ibubapa yang mengambil inisiatif menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk mengelakkan anak-anak membuang masa begitu sahaja pada musim cuti ini. Langkah sebegini amat molek untuk anak-anak yang lemah dan tidak mempamerkan prestasi memuaskan dalam penggal persekolahan lalu.

Saya ingin berkongsi secara ringkas bagaimana ibubapa boleh membuat penilaian tahap penguasaan Matematik yang ada pada anak-anak. Jika penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada peratusan angka markah yang dicapai atau pada nilai gred B dan ke bawah yang tercatat di dalam kad laporan prestasi sekolah, maka saya sarankan anda teliti lebih mendalam punca masalah sebenar anak-anak masih menghadapi masalah untuk menguasai subjek Matematik khususnya bagi anak-anak berusia sekitar 8 tahun dan ke atas. Ada kemungkinan kemahiran congak yang merupakan kemahiran paling asas dalam subjek Matematik masih lemah dan acapkali ibubapa atau guru terlepas pandang kerana lebih mengambil berat kemahiran anak-anak menyelesaikan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah sahaja.

Panduannya, cuba beri satu soalan penyelesaian masalah dan minta anak anda selesaikan. Berikan masa untuk dia memikirkan langkah-langkah dan operasi yang perlu digunakan. Perkara yang saya mahu anda perhatikan ialah ketika dia membuat kira-kira, adakah kiraannya perlahan, teragak-agak, sering memadam kesilapan, menulis posisi nombor secara salah atau hasil congaknya salah. Jika ciri-ciri di atas ada pada anak anda, maka yakinlah bahawa anak anda memerlukan latihan intensif asas congak nombor yang dapat membantu memperbaiki kemahiran congak dengan lebih cepat dan tepat.

Terdapat 3 ciri yang diklasifikasikan sebagai lemah asas congak nombor:

Lemah konsep Matematik dan lambat mencongak
Anak-anak tidak mampu mencongak dengan tepat dan mengambil masa yang lama sebelum mendapat jawapan yang betul. Ada kemungkinan mereka juga tidak memahami konsep susunan nombor (number sequence) yang merupakan panduan melakukan operasi asas tambah dan tolak seperti +2 bermaksud nombor ke-2 selepas nombor yang ditambah atau -2 bermaksud nombor ke-2 sebelum nombor yang ditolak.

Faham konsep Matematik tetapi lambat mencongak
Anak-anak dalam kategori ini memerlukan latih tubi yang kerap dan perlukan pemantauan dari segi catatan masa untuk membantu mereka menguasai kemahiran congak pantas. Kekerapan latih tubi dan tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan sejauh mana mereka mampu mencapai atau sekurang-kurangnya menghampiri catatan masa yang ideal.

Cepat congak tetapi kerap salah
Anak-anak dalam kategori ini cenderung untuk bersikap cuai



read more...
 
Hakcipta © 2015 ProPintar • Hakcipta Terpelihara.